ENTRY REQUIREMENT
 Kursus Jurusan Pendidikan Teknikal.
 Kursus Aliran Pendidikan Vokasional.
Kemudahan Asrama
Cara Mendapatkan Borang.

KURSUS JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

Kursus lepasan PMR selama 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik
Akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat.
Tarikh Pengambilan : Februari

JURUSAN YANG DITAWARKAN

i. Pengajian Kejuruteraan Jentera
ii. Pengajian Kejuruteraan Awam
iii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
 
KELAYAKAN PERMOHONAN

Kelayakan Am

Warganegara Malaysia

Pemohon Dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan

Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah(PMR) 1997 dan memenuhi syarat memasuki Tingkatan 4 tahun 1998.

Pemohon Dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan

Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1997 dan layak memohon memasuki Tingkatan 4 di sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.

Dilahirkan dalam tahun 1981 atau selepasnya

      1. Tidak tertahan di mana-mana Tingkatan atau darjah terdahulu daripada tahun 1996.
      2. Bagi yang melalui Kelas Peralian (Remove Class) hendaklah dilahirkan pada tahun 1980 atau selepasnya.
Catatan: Pemohon kategori ini hanya akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan tempat.

Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit.

Kelayakan Akademik

Pemohon dikehendaki memenuhi syarat kesesuaian kursus dan syarat akademik yang minimum seperti berikut:-
 
Jurusan
Percapaian Mata Pelajaran PMR 1997
Syarat Utama
Syarat Lain
Kejuruteraan Jentera  

Kejuruteraan Awam  

Kejuruteraan Elektrik  
  
 

Mendapat percapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:    
  1. Bahasa Melayu B
  2. Matematik C & Sains B
atau
  1. Matematik B & Sains C
  2. Kemahiran Hidup C
Mendapat percapaian minimum Peringkat C dalam satu (1) dan Peringkat D dalam dua (2) mata pelajaran lain.
 

 

KURSUS ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

Kursus lepasan PMR selama 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik
akan menduduki Peperiksaan SPMV setelah tamat
Tarikh Pengambilan : Februari

JURUSAN YANG DITAWARKAN

  1. Bidang Ketukangan Kejuruteraan
      1. Elektrik
      2. Elektronik
      3. Amalan Bengkel Mesin
      4. Kimpalan dan Fabrikasi Logam
      5. Automatif
      6. Binaan Bangunan
      7. Penyejukan dan Penyamanan Udara
 

KELAYAKAN PERMOHONAN

Kelayakan Am

Warganegara Malaysia

1.1 Pemohon Dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
      1. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1997 dan memenuhi syarat untuk memasuki Tingkatan 4 tahun 1998.
1.2 Pemohon Dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan
      1. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1997 dan layak memohon memasuki Tingkatan 4 di sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.
      2. Dilahirkan dalam tahun 1981 atau selepasnya.
      3. Tidak tertahan di mana-mana Tingkatan atau darjah terdahulu daripada tahun 1996.
      4. Bagi yang melalui Kelas Peralihan (Remove Class) hendaklah dilahirkan pada tahun 1980 atau selepasnya.
Catatan: Pemohon kategori ini hanya akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan tempat.
Sihat tubuh badan, tidak menghidapi penyakit dan tidak cacat anggota (kecacatan anggota akan menghalang aktiviti fizikal).

Kelayakan Akademik

Pemohon dikehendaki memenuhi syarat kesesuaian kursus dan syarat akademik yang minimum seperti berikut:
 
Bidang
Kursus
Kesesuaian
Jantina
Pencapaian M/Pelajaran PMR 1997
Syarat Utama
Syarat Lain
Ketukangan
Kejuruteraan
-Elektrik  
-Elektronik  
-Automotif
Lelaki
&
Perempuan
Mendapat pencapaian minimum  
dalam semua mata pelajaran di  
bawah:  

a. Bahasa Melayu................C  
b. Sains................ C  
c. Matematik.........D  
d. Kemahiran Hidup.....,,,,,,,,.......C

Mendapat pencapaian   
minimum di Peringkat  
D dalam 1(satu) mata  
pelajaran lain
-Amalan Bengkel Mesin  
-Kimpalan & Fabrika Logam  
-Binaan Bangunan  
-Penyejukan & Penyaman Udara
Lelaki
&
Perempuan
Mendapat pencapaian minimum  
dalam semua mata pelajaran di  
bawah:  

a. Bahasa Melayu...............D  
b. Sains.............. D  
c. Matematik.......D  
d. Kemahiran Hidup.................D

       
     
   
       
       
 

 
 

 
 

 

KEMUDAHAN ASRAMA

Tempat asrama terhad. Oleh itu pemohon dikehendaki memilih sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal yang ada menawarkan kursus yang dipohon. Pemohon yang memohon kursus di sekolah yang jauh daripada tempat tinggal, walhal kursus tersebut ada ditawarkan di sekolah yang berhampiran, tidak akan dijamin mendapat tawaran tempat asrama.

 

CARA MENDAPATKAN BORANG

KURSUS JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
dan
KURSUS ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

Naskah Maklumat/Panduan & Borang Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik 1998 berharga RM 1.00 (Satu Ringgit sahaja) boleh dibeli secara tunai, di Sekolah Menengah Teknik sebaik sahaja keputusan PMR 1997 diumumkan.

KURSUS ALIRAN LATIHAN KEMAHIRAN

Naskah Maklumat & Borang Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (Aliran Latihan Kemahiran) 1998 boleh didapati dengan percuma di Sekolah Menengah Teknik sebaik sahaja keputusan PMR 1997 diumumkan.

KURSUS JANGKA PENDEK (SABAH & SARAWAK SAHAJA)

Maklumat & Borang Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik (Kursus Jangka Pendek) 1998 boleh didapati dengan percuma di Sekolah Menengah Teknik sebaik sahaja keputusan PMR 1997 diumumkan.

KURSUS KEMAHIRAN KHUSUS (SEMENANJUNG SAHAJA)

Maklumat & Borang Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik (Kursus Khusus) 1998 boleh didapati dengan percuma di Sekolah Menengah Teknik sebaik sahaja keputusan SPM/SPMV 1997 diumumkan.