SAUJANA

BIL. 5/98 OKTOBER 1998

LIDAH SAUJANA

Kini, segala pengorbanan, usaha gigih, 0nak duri sudah dilalui dan diharungi. Hanya ujian menanti di ambang pintu. 3 November semakin hampir. Wahai pelajar-pelajar tingkatan 5 semua, sudahkah anda bersedia menghadapi segala ujian yang bakal menjelma? Kembalilah melihat diri pada sisa-sisa waktu yang masih ada. Selagi ada ruang, selagi itu masih punya peluang.

Peperiksaan Percubaan , SPM/SPMV sudahpun berlalu. Tahniah dan syabas kepada yang cemerlang. Namun, bagaimana pula pada mereka yang masih berada di takuk lama? Berbanggakah anda dengan pencapaian SAP atau sekadar Pangkat 3 sahaja? Bagaimana dengan masa depan anda jika keputusan ini berlarutan hingga ke peperiksaan yang sebenar nanti? Fikirkanlah baik-baik!

Para guru sudah melakukan segala-galanya. Mencurah ilmu, memberi nasihat dan bimbingan, juga tidak lupa doa' yang berpanjangan. Apa, ini semua masih tidak cukup lagi? Rasanya kini, segalanya terletak ditangan para pelajar. Sama ada mahu atau tidak. Kalu hitam yang dipilih, hitamlah jadinya. Bagitulah sebaliknya kalau putih yang dipinta, putihlah yang kita dapat. Ingat,.....KECEMERLANGAN ANDA, TANGGUNG JAWAB ANDA.

 

Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM/SPMV 1998.

Analisa Mengikut Pangkat

 

SPM

 

SPMV(V)

 

PANGKAT

BIL

%

BIL

%

SATU

32

27.35

18

22.50

DUA

46

39.32

36

45.00

TIGA

9

7.69

3

3.75

LULUS

87

74.36

57

71.26

GAGAL

30

25.64

23

28.75

 

 

 

Perkampungan Akademik. 1998

Selaras dengan hasrat sekolah untuk mencapai keputusan 100% dalam SPM dan SPMV 1998, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Program Perkampungan Akademik pada 4 hingga 8, Sept.98. Program yang ditujukan khas untuk para pelajar tingkatan 5 ini adalah berobjektif untuk menungkatkan pencapaian akademik para pelajar. Semoga program ini akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. KEJAYAAN KITA TANGGUNG JAWAB KITA.

 

 

Ikhfal, Ibadah Dan Kerohanian...............

Bertarikh 3 Okt.98, pihak sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar kepertandingan Ikhfal, Ibadah Dan kerohanian sekolah-sekolah berasrama seluruh Melaka. Pe;bagai pertandingan telah diadakan seperti nasyid, falisa khat, azan, khutbah dan tilawah. Tahniah kepada Saudara Hazeer Hashim(4PKE2) yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kategori azan, walaupun tidak berjaya, namun syabas di atas penyertaan anda. TERUS MARA, JANGAN UNDUR.......

 

 

Majlis Tahlil Dan Sembahyang Hajat

Usaha dan doa memang tidak dapat dipisahkan. Untuk ini, satu majlis Tahlil Dan Sembahyang Hajat telah diadakan khas buat pelajar-pelajar tingkatan lima yang akan menduduki Peperiksaan SPM dan SPMV November ini. Majlis anjuran PIBG yang telah diadakan di surau sekolah turut disertai oleh para guru dan ibu bapa pelajar. Mudah-mudahan usaha ini akan dapat memberi lebih keberkatan dan keyakinan kepada para pelajar yang bakal mengharungi ujian yang getir nanti. AMIN...AMIN....AMIN.....

   

Lari Malam.................

Mengecewakan....! Hanya itu yang dapat dikatakan. Dalam usaha membendung masalah disiplin di kalangan pelajar, masih ada individu atau kelompok pelajar yang tidak tahu diri. Peraturan yang ada terus dilanggar.

Menurut cikgu Hamdan Bidin, pada 27 Sept.98, yang lalu, seramai 18 orang pelajar asrama (7 penghuni Blok D dan 11 penghuni Blok E) telah keluar malam. Untuk itu pellbagai tindakan susulan sedang diambil terhadap mereka yang terlibat. Diharap ia akan menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain. HIDUP BIAR BERDISIPLIN.